Sunday, June 7, 2009

Siapa Aku?




aku? Nama ku seiras dgn nama biskut...tp aku bukan biskut...Hidup aku umpama biskut yang dibuat manusia...Mulanya aku hanyalah tepung tapi dibentuk sehingga aku menjadi cantik, sedap dan disukai ramai..Begitu juga dengan kehidupan aku yang telah diubah dan dibentuk DIA yang mengasihi aku, mencintai aku, mati untuk aku dan memberi kehidupan yang kekal untuk aku...Sumanya DIA sediakan untuk aku...Dulu aku hanyalah seperti tepung yang tidak diadun sepenuhnya dan tidak menjadi biskut yang sedap...Aku hanyalah manusia biasa tanpa DIA...Tapi kini hidup aku jauh lebih baik lagi kerana aku tinggal dalam DIA dan DIA tinggal dalam aku...DIA mengubah aku menjadi seperti DIA..Dan sepertimana aku hari ini..DIA adalah orang yang menyelamatkan aku dari kematian dan menebus setiap dosa untuk aku...Dan DIA adalah seseorang yang sanggup mati dan disalibkan untuk aku...Aku hanya untuk DIA...




Kebahagian dan kegembiraan hidup aku adalah apabila aku mengasihi dan dikasihi orang...


Ini adalah inti yang bisa membuatkan hidup aku bernilai dan berharga...Tapi yang menjadikan hidup lebih indah adalah DIA yang terlebih dahulu mengasihi aku..


Suma insan perlukan kasih dan perhatian...Begitu juga dengan aku....Cinta pula? Aku tidak bisa untuk itu kerana cinta itu hanya sebuah cinta...Tapi cinta dari DIA adalah cinta yang mengajar aku..Kerana cinta DIA adalah cinta selamanya dan tidak akan pernah padam..




Mengasihi dan dikasihi? Bagi aku itu adalah sesuatu yang sangat berbeza...Banyak perbedaannya...Dikasihi lebih baik daripada mengasihi kerana ia memberi kebahagian bagi kita...Tapi aku belajar untuk mengasihi orang dan seterusnya dikasihi orang...Tapi kadang-kadang kasih itu memberi impak yang negatif kepada kita...Maksud aku, kasih itu ada kesudahannya..Hilang begitu saja...Tapi yang mengajar aku untuk mengasihi adalah DIA..Kerana kasih DIA adalah kasih yang tidak pernah berkesudahan buat aku...DIA senantiasa ada saat suka dan duka aku...DIA selalu menemani aku saat aku kesunyian dan keseorangan...Hidup rasa bahagia bersama DIA tapi aku juga perlu orang sekeliling aku untuk mengasihi aku...Dan itulah baru kehidupan yang sebenar...




Mau kenal siapa aku..Selamilah dan aku akan kongsi km dengan DIA...DIA yang memberi halatuju bagi kita...Kehidupan untuk aku...

1 comment:

  1. hahahaha... pandai koe melawak ah?? :d btw, already know u :)

    ReplyDelete